Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

10 March 2010

Tazkirah Bulan Ini

Perhimpunan pagi PHT kali kedua telah diadakan pada Isnin lepas, 8 Mac 2010 dan dikendalikan oleh Azrulhisham Abdul Rahman. Untuk sesi tazkirah, Puan Nurul Azurah Mohd. Roni telah mengajak semua warga PHT yang hadir untuk bersama-sama melafazkan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam.

IKRAR

Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuhnya dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:-
  • berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah
  • menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah
  • bertindak tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan
  • bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah
  • bertindak tegas terhadap mereka yang cuba untuk menggugat integriti dan imej pegawai awam
  • mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam menjalankan tugas.
* Ikrar boleh dirujuk di sini.

Puan Nurul turut mengulas hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: iaitu apabila berbicara ia berkata dusta, apabila berjanji tidak ditepati, dan apabila ia diberi amanah ia mengkhianatinya".


0 comments:

Post a Comment