Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

25 May 2010

Kunjungan Orang Bumi Kenyalang

Pada 19 Mei yang lepas PHT telah menerima kunjungan dari staf Perpustakaan UiTM Cawangan Sarawak. Rombongan seramai kira-kira 20 orang tersebut telah sampai ke Perpustakaan seawal jam 8.30 pagi. Aturcara lawatan dimulakan dengan ucapan aluan dari Timbalan Ketua Pustakawan, tayangan video korporat PHT dan diteruskan dengan lawatan ke setiap bahagian di PHT.

Hidangan nasi goreng kerabu di akhir sesi lawatan telah menjadi bualan sehingga ada yang meminta resepi untuk dibawa pulang ke Sarawak. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan bertukar cenderahati antara institusi.

Lawatan balas ke Sarawak dalam perancangan!


Aluan dari Puan Engku Razifah sebelum video korporat PHT ditayangkan


Puan Saptuyah berminat tentang urusan Bahagian Rujukan dan juga Bahagian Perhubungan Pelanggan


Puan Nik Asmak menerangkan tentang fungsi Bahagian Sirkulasi


Sesi bergambar beramai-ramai


Cenderahati diberi tanda ingatan, panjang umur lawatan balas pasti diadakan


0 comments:

Post a Comment