Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

27 September 2012

Cataloguing Workshop: Dos and Dont's


2 Mei 2012 - PHT telah mengadakan Bengkel Pengkatalogan untuk semua staf yang terlibat dengan pengkatalogan bahan seperti buku, tesis dan bahan media. Bengkel sehari ini disertai oleh seramai sepuluh orang peserta terdiri daripada staf Bahagian Proses Teknik, Bahagian Bahan-bahan Bersiri dan Dokumen dan Bahagian Perkhidmatan Media.

Fasilitator untuk bengkel ini ialah Pn. Che Hasnah Ab. Ghani, Pn. Rugayah Ali dan Pn. Rabiatul Adawiah Ab. Manan. Perkongsian ilmu dan kemahiran amatlah berharga bagi meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti staf. Bengkel ini menerangkan secara terperinci aspek pengkatalogan bermula dari Dasar Pengkatalogan sehingga pengkatalogan amali. Penghasilan dan kualiti pengkatalogan amat dititik beratkan bagi mencerminkan imej perpustakaan.

Semoga bengkel ini akan meningkatkan lagi kualiti pengkatalogan bahan dan selaras dengan standard yang ditetapkan bagi memudahkan akses bahan.


Usaha Tangga Kejayaan!

0 comments:

Post a Comment