Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

18 September 2012

Raya @ PHT 2012

Ketupat dimakan bersama rendang
Rendang daging menjadi rebutan
Pelajar dan staf turut diundang 
Raya @ PHT menjadi ingatan
Tanggal 10 Sept 2012 bertempat di Bahagian Perkhidmatan Media, Majlis Sambutan Raya @ PHT 2012 telah diadakan dengan meriah dan sederhana untuk staf dan pengguna Perpustakaan. Pelbagai juadah telah dihidang, pelbagai hiasan telah dipapar, pelbagai ragam dan celoteh telah dirakam. Pihak perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga sambutan pada kali ini akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama warga Kampus Kesihatan. Sokongan padu dan kerjasama yang dihulur amat dihargai dalam menambahbaik perkhidmatan yang kami sediakan. Terima kasih dan Jumpa lagi!

Raya@PHT 2012

0 comments:

Post a Comment