Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

28 July 2013

Lawatan Penandaarasan 2013

Alhamdulillah..18-20 Jun yang lalu akhirnya PHT dapat juga mengadakan lawatan penandaarasan sebagaimana yang dirancangkan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan sokongan pihak pengurusan lawatan ini telah berjalan dengan lancar.

PHT telah mengadakan lawatan di Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Kepelbagaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan memberi peluang dan ruang untuk penambahbaikan di PHT.



Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)



  
 

Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia


Galeri dan Muzium, Bank Negara Malaysia




 
  
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
(Perpustakaan Raja Tun Uda)




 
Terima kasih kepada Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kerana sudi menerima kunjungan kami. Salam ukhuwah dan salam persahabatan :)

0 comments:

Post a Comment