Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

29 April 2013

23042013 Selamat Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

23 April 2013 - PHT4U: Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

PHT telah mengadakan Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertempat di Dataran Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus. Diantaranya, Pop Kuiz, Scrabble, My Home Library, gerai (MyIPO-Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Maxis, TM Point, Aksesori Komputer, Jualan Buku Sya. Muda Osman, Cenderamata USM, Jualan Buku Pensyarah USM, Kelab ASTAKA dan Tupperware) dan PHT e-books.

Pop Kuiz telah disertai oleh pelajar, pertandingan sengit antara Pusat Pengajian Sains Perubatan (Kump. Triceps), Sains Kesihatan (Kump. JK Rowling) dan Pergigian (Kump. Aku Terima Nikahnya). Ia telah dimenangi oleh Kump. Aku Terima Nikahnya:

Scrabble telah dimenangi oleh jeng..jeng..jeng


Pada sebelah petang telah diadakan Ceramah Hak Cipta yang telah disampaikan oleh En. Mohamad Fairuz Mohd Pilus, Pengarah Bahagian Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pelbagai maklumat dan pendedahan tentang hak cipta dan pelbagai aspek telah disampaikan.

Gambar sekitar Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia


Terima kasih kepada semua :)

Perhimpunan April 2013, Anugerah Staf Berketerampilan dan Berbudi Bahasa

7 April 2013 - Bertempat di hadapan Kaunter Rujukan PHT, En. Mohd Zuhdi Mohd Ali telah menyampaikan tazkirah berkaitan Pesanan Imam al-Ghazali dalam Perhimpunan April 2013. Kupasan tersebut memberi banyak peringatan dan pencerahan kepada staf PHT tentang kematian, masa, nafsu, amanah dan tanggungjawab, solat serta tutur kata. Semua itu merupakan faktor utama dalam menjaga perhubungan antara Allah dan sesama manusia.

Seterusnya keputusan Staf Berketerampilan untuk Mac 2013 telah diumumkan oleh juri (Pn. Nik Asmak Nik Idris) iaitu En. Amran Mamat.
Keputusan Staf Berbudi Bahasa juga telah diumumkan oleh Pn. Nurul Azurah Mohd Roni selaku juri untuk kategori ini. Anugerah ini disandang oleh 
En. Tengku Syarmiza Tengku Zahid.



TAHNIAH diucapkan kepada yang menang, yang tidak berjaya cuba tambahbaik keterampilan dan budi bahasa kita!


Selamat Maju Jaya En. Azhan

Tanggal 14 Mac 2013, merupakan hari terakhir En. Mohd Azhan B. Ismail berkhidmat di PHT dan beliau akan meneruskan khidmatnya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan. PHT mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa yang ditaburkan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga pengalaman yang ditimba dapat juga diaplikasi dan ditambahbaik ditempat kerja baharu. Selamat Maju Jaya!

     En. Azhan dalam kenangan