Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

09 March 2014

Perhimpunan Bulan Mac 2014 & Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2011-2013

Pada pagi ini, permulaan kerja dimulakan dengan program perhimpunan bulanan yang dipengerusikan oleh En. Zuhdi dan tazkirah telah disampaikan oleh Pn. Che Hasnah dengan pengisian tentang pembaziran dalam pelbagai aspek kehidupan yang telah diadakan di Cozy Corner, PHT. Acara seterusnya ialah Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Cuti Sakit Sifar 2011-2013. Keseluruhannya, hampir kesemua staf telah mencapai prestasi yang cemerlang dan memuaskan sepanjang 3 tahun tersebut.YM Engku Razifah dan En. Amran Mat Zin telah menerima sijil khas untuk Anugerah Cuti Sakit Sifar sepanjang 7 tahun 2007 - 2013. Manakala Pn. Rugayah dan En. Husnan bagi Cuti Sakit Sifar sepanjang 5 tahun 2009 - 2013.





Syabas dan Tahniah untuk  semua!

0 comments:

Post a Comment