Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

10 July 2016

SALAM AIDILFITRI 2016 / 1437h


Perpustakaan Hamdan Tahir, USM Kampus Kesihatan yang diterajui oleh Puan Rugayah Ali (Timbalan Ketua Pustakawan) dan seluruh warga kerja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang telah berurusan dengan PHT samada secara langsung atau tidak langsung.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri, 
Ampun maaf segala peri, 
Semoga ikatan kekal dihati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin !





08 June 2016

PHT JUARAI KONVENSYEN KIK 2016 PERINGKAT USM KAMPUS KESIHATAN


Pada 25 Mei 2016 telah berlangsungnya Konvensyen KIK 2016 Peringkat USM Kampus Kesihatan. Pasukan yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Excel 7 dinobatkan sebagai johan bagi kategori pengurusan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Kumpulan Excel 7 yang diwakili oleh beberapa orang Pustakawan dan staf sokongan Perpustakaan Hamdan Tahir tidak menyangka akan memenangi Konvensyen KIK pada kali ini. Kumpulan Excel 7 yang mewakili Perpustakaan Hamdan Tahir peroleh tiga bintang menerusi produk Librex Point yang telah dicipta oleh mereka. Ini sekaligus menewaskan kumpulan Cekap dari Institut Perubatan Molekul (INFORMM) yang beroleh dua bintang bagi kategori Pengurusan.
Pengarah Kampus Kesihatan dan Penolong Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mafauzy Mohamed dalam ucapannya pula merakamkan penghargaan kepada semua jabatan yang telah menujukkan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan projek masing-masing untuk dipertandingkan.
“Penganjuran Konvensyen KIK ini amat bertepatan dengan status USM sebagai gedung ilmu yang banyak mencambah dan mencetuskan hasil-hasil inovasi dan kreativiti kerana melalui ciptaan inovatif dan kreatif ini, sesebuah institusi akan sentiasa hidup serta berinterkasi secara aktif mengikut peredaran zaman.
“Pertandingan ini juga menunjukkan bahawa elemen-elemen pengurusan dan teknikal berkait rapat antara satu sama lain kerana tanpa pengurusan yang cekap dan rapi, secanggih manapun bidang teknikal yang kita miliki tidak mungkin dapat menjamin pelaksanaan projek yang cemerlang,” katanya.
Menurut Mafauzy, tema Konvensyen KIK pada kali ini ‘Inovasi Melalui Kerja Berpasukan’ amat bertepatan kerana melalui kerja berpasukan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja serta dapat menggalakkan percambahan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif.

20 January 2016

Latihan Sukan @ASTAKA, PHT


Pada 12/01/2015 telah berlangsung sesi latihan sukan badminton di Dewan Badminton, Pusat Sukan USM Kubang Krian bagi staff Perpustakaan Hamdan Tahir. Sesi latihan ini merupakan latihan pertama bagi sesi 2016. Latihan ini diadakan adalah berikutan kelab ASTAKA PHT ingin mengadakan perlawanan persahabatan di peringkat Jabatan dan juga Institusi pendidikan yang lain. AJK Sukan Kelab ASTAKA untuk sesi 2016/2017 telah diamanahkan kepada Encik Amran Mamat yang juga merupakan seorang jaguh badminton diperingkat kampus pada suatu masa dahulu. Latihan akan diteruskan pada setiap hari Selasa jam 5.00pm-7.00pm di Dewan Badminton Pusat Sukan USM Kubang Krian.

*ANAR dan NMY bergandingan melawan MHH dan AM


Manakala pada 18/01/2016 telah berlangsung sesi latihan Futsal di gelanggang Real 7 Futsal, Pasir Tumboh. Seramai 7 orang staff PHT telah menghadiri sesi latihan ini. Latihan ini juga adalah sebagai satu persiapan untuk menghadapi sesi pertandingan yang akan dianjurklan oleh pihak ASTAKA. 

*Dari kiri atas AHM, MAA, MHI dan Staf PPSP
*Dari kiri bawah MZMA, ANAR, NMY dan AM


11 January 2016

Hamdan Tahir Library @Social Media

We are proud to announce that we have expanded our social media network. Follow us for the latest news. Thanks!


We can also be contacted via WhatsApp and Telegram​ (office hour only).

WhatsApp : +6010-4055844
Telegram : +6010-4055844​


10 January 2016

PERHIMPUNAN DAN TAZKIRAH PAGI BULANAN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016

Perhimpunan dan tazkirah pagi PHT buat kali pertama untuk tahun 2016 telah diadakan pada Ahad, 10 Januari 2016 dan dikendalikan oleh Encik Shaari Nora Md Yusof selaku penceramah, Encik Abdul hadi selaku pengerusi majlis, Encik Muhamad Hanif selaku pembaca doa dan Encik Amran Mamat selaku jurulatih kecergasan pada pagi itu. Untuk sesi tazkirah,Encik Shaari telah membaca satu potong hadis yang diambil dari Kitab Hadis 40 berkaitan dengan keampunan daripada Allah swt dan kemaafan sesama makhluk.


En. Shaari memberi penerangan tentang keampunan dan rahmat Allah swt itu adalah tersangatlah luas. Kita sebagai hamba walau sebesar mana dosa yang telah dilakukan, mestilah sentiasa meminta keampunan daripada Allah swt. Allah swt akan mengampunkan segala dosa hambanya kecuali dosa syirik kepadanya. Manakala kesalahan dan dosa sesama insan hendaklah diselesaikan sesama insan terlebih dahulu, barulah akan diampun oleh Allah swt. Sebagai contoh jika kita ada melakukan dosa yang berkaitan dengan manusia, kita mestilah menyelesaikannya sesama manusia terlebih dahulu barulah Allah swt akan mengampunkan kita.



Setelah itu, perhimpuan diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Timbalan Ketua Pustakawan, YM Engku Razifah Engku Chik yang menerangkan tentang amalan berjimat cermat. Yang Mulia Puan Engku menyarankan semua staff agar berjimat-cermat dengan penggunaan segala alatan pejabat dan menggunakannya apabila betul-betul perlu sahaja. YM Engku Razifah Engku Chik juga membaca sepotong terjamahan Al-Quran dan memberi sedikit penerangan tentangnya.

Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Hanif dan sedikit senaman yang diketuai oleh Encik Amran Mamat.

06 January 2016

New Service @ PHT : eRBS (Electronic Room Booking System)

Kindly to be informed that the Library introduces a new service eRBS (Electronic Room Booking System)’ to help our customers to reserve the rooms in advance without coming to the library.




Please log in to http://erbs.usm.my to complete your booking.
Any inquiry you may contact: ext 1454 / 1461
Thank you.

31 December 2015

Happy New Year 2016


"We will open the book. Its pages are blank
We are going to put words on them ourselves
The book is called Opportunity and its first chapter is New Year’s Day."
Happy New Year 2016 from Perpustakaan Hamdan Tahir, USM Health Campus. Let us pray that it will be a year with peace, happiness and abundance of new friends. God bless us throughout the New Year.